Sunday, June 5, 2011

ILMU SHOROF (i)_(1/16) - Pendahuluan

ILMU SHOROF
إِعْلَمْ أَنَّ الصَّرْفَ أُمُّ الْعُلُوْمِ وَالنَّحْوَ أَبُوْهَا
“Ketahuilah, bahawa Shorof itu adalah induk dari segala ilmu dan Nahwu pula menjadi bapanya.”


(1/16)
PENDAHULUAN

1.1       PENGERTIAN SHOROF/TASRIF
            Menurut pengertian bahasa (lughah), SHOROF/TASRIF ialah berubah atau mengubah.  Berubah dari bentuk aslinya kepada bentuk yang lain.
            Menurut pengertian istilah (menurut kalangan ulama’ shorof), SHOROF/TASRIF ialah berubah dari fi’il madhi (bentuk asal pertama) kepada fi’il mhdhori’, mashdar, isim fa’il, isim maf’ul, fi’il amar, isim makan dan terakhir sampai pada isim alat.
            Tujuan dari perubahan bentuk tersebut adalah untuk memperoleh makna yang berbeza.  Dari perubahan satu bentuk kata kepada bentuk kata yang lain dalam ilmu shorof dinamakan SHIGHOT (الصِّيْغَةُ) .
            Oleh yang demikian, ilmu yang mempelajari berbagai bentuk perubahan kata, dari asal usul kata dinamakan ILMU SHOROF.


1.2       SHIGHOT
            Shighot bererti bentuk kata.  Ada tiga jenis shighot dalam Bahasa Arab, iaitu Fi’il, Isim dan Huruf.

            Dari segi Fi’il ada empat macam shighot, iaitu:
1.                  Fi’il Madhi – iaitu kata kerja lampau.
2.                  Fi’il Mudhori’ – iaitu kata kerja sedang atau akan dating.
3.                  Fi’il Amar – iaitu kata kerja perintah.
4.                  Fi’il Nahi – iaitu kata kerja larangan.

Dari segi Isim ada sepuluh shighot, iaitu:
1.                  Mashdar – iaitu bentuk kata dasar atau kata terbitan.
2.                  Mashdar Mim – iaitu mashdar yang mendapat tambahan mim.
3.                  Isim Fa’il – iaitu kata nama yang menunjukkan pengertian pelaku.
4.                  Sifat Musyabbihah bismi fa’il – iaitu kata sifat yang disamakan dengan isim fa’il.
5.                  Shighot Mubalaghah – iaitu bentuk penyangatan yang biasa diertikan: Maha.
6.                  Isim Tafdhil – iaitu kata nama yang mengandungi pengertian lebih.
7.                  Isim Maf’ul – iaitu kata benda yang menunjukkan pengertian penderita.
8.                  Isim Makan – iaitu kata benda yang menunjukkan pengertian tempat.
9.                  Isim Zaman – kata benda yang menunjukkan pengertian waktu.
10.              Isim Alat – iaitu kata benda yang menunjukan pengertian alat.

1.3       WAZAN DAN MAUZUN
            WAZAN bererti timbangan (rumus).  Maksudnya sesuatu yang dijadikan ikutan oleh kalimat-kalimat lain (mauzun).
            Sedangkan MAUZUN bererti yang ditimbang.  Maksudnya sesuatu yang harus diikuti pada wazan (timbangan).
            Para ulama’ shorof telah menetapkan bahawa untuk menentukan atau mencari WAZAN (timbangan) itu berdasarkan tiga huruf yang terkunpul pada lafadz Fa’ala:

فَعَلَ

            Fa’ (فَ) – disebut Fa’ul Fi’il (فَاءُ الْفِعْلِ)
            ‘Ain (عَ) – disebut ‘Ainul Fi’il (عَيْنَ الْفِعْلِ)
            Lam (لَ) – disebut Lamul Fi’il (لاَمُ الْفِعْلِ)
Lafadz-lafadz Fa’ala (فَعَلَ) dinamakan WAZAN kerana ia menjadi timbangan kalimat lain. Semua kalimat lain harus disebut seperti penyebutan kalimat yang menjadi wazan itu.  Kalimat-kalimat lain ini dinamakan MAUZUN kerana ia mengikuti wazan atau ia yang ditimbang.

1.4       PEMBAHAGIAN TASRIF
            Dalam Ilmu Shorof, ulama’ shorof membahagikan tasrif kepad dua jenis, iaitu Tasrif Isthilahi  (التَّصْرِيْفُ الاِصْطِلاَحِيُّ)  dan  Tasrif Lughowi  (التَّصْرِيْفُ اللُّغَوِيُّ)  :

(a)        Tasrif Isthilahi – iaitu tasrif untuk mengetahui bentuk shoghot suatu kalimat.  Ia dimulai dari shoghot fi’il madhi hingga shoghot isim alat.
            Tasrif Isthilahi yang biasa digunakan adalah seperti berikut:


ERTI
KETERANGAN SHIGHOT
SHIGHOT
Telah berbuat ia seorang laki-laki.
Fi’il Madhi.  Fi’il Madhi maksudnya perbuatan yang telah lalu.  Dalam terjemahan  biasanya menggunakan perkataan “telah”.
فَعَلَ
Sedang/akan berbuat ia seorang laki-laki.
Fi’il Mudhori’.  Fi’il Mudhori’ maksudnya perbuatan yang sedang dikerjakan atau akan dikerjakan.
يَفْعَلُ
Perbuatan
Mashdar.  Mashdar maksudnya katan nama terbitan.  Mashdar ghoiru mim (tanpa diawali mim) dan Mashdar Mim ( yang diawali dengan mim).
فَعْلاً/مَفْعَلاً
Seorang laki-laki yang berbuat.
Isim Fa’il.  Isim Fa’il maksudnya pelaku dari sesuatu pekerjaan.
فَاعِلٌ
Seorang laki-laki yang dibuat (objek)
Isim Maf’ul.  Isim Maf’ul maksudnya yang dikenai pekerjaan.
مَفْعُوْلٌ
Hendaklah engkau seorang laki-laki berbuat.
Fi’il Amar.  Fi’il Amar maksudnya perbuatan perintah. (suruhan)
أُفْعُلْ
Janganlah engkau seorang laki-laki berbuat.
Fi’il Nahi.  Fi’il Nahi maksudnya perbuatan larangan, kerana ertinya menunjukkan larangan.
لاَ تَفْعُلْ
Masa/waktu berbuat.
Isim Zaman.  Isim Zaman maksudnya nama zaman/masa, kerana menunjukkan kepada masa/waktu.
مَفْعَلٌ
Tempat berbuat.
Isim Makan.  Isim Makan maksudnya nama tempat, kerana menunjukkan kepada tempat.
مَفْعَلٌ
Alat untuk berbuat.
Isim Alat.  Isim Alat maksudnya nama alat atau perkakas.
مِفْعَلٌ


(b)        Tasrif Lughowi – iaitu tasrif untuk mengetahui pelakunya (dhomirnya) dari seduatu kalimat tersebut.  Ia juga merupakan lanjutan dari tiap-tiap tasrif isthilahi.
            Tasrif Lughowi adalah seperti berikut:


ERTI
FI’IL
DHOMIR
Telah berbuat ia seorang laki-laki.  Mengandungi dhomir هُوَ :
فَعَلَ
هُوَ (مفرد مذكّر غائب)
Telah berbuat mereka berdua orang laki-laki.  Mengandungi dhomir:  هُمَا
فَعَلاَ
هُمَا (تثنية مذكّر غائب)
Telah berbuat mereka banyak laki-laki.  Mengandungi dhomir:  هُمْ 
فَعَلُوْا
هُمْ (جمع مذكرّ غائب)
Telah berbuat ia seorang perempuan.  Mengandungi dhomir:  هِيَ
فَعَلَتْ
هِيَ (مفردة مؤنّث غائبة)
Telah berbuat mereka berdua perempuan.  Mengandungi dhomir:  هُمَا
فَعَلَتَا
هُمَا (تثنية مؤنّث غائبة)
Telah berbuat mereka banyak perempuan.  Mengandungi dhomir:  هُنَّ
فَعَلْنَ
هُنَّ (جمع مؤنّث غائبة)
Telah berbuat kamu seorang laki-laki.  Mengandungi dhomir:  أَنْتَ
فَعَلْتَ
أَنْتَ (مفرد مذكّر مخاطب)
Telah berbuat kamu berdua orang laki-laki.  Mengandungi dhomir:  أَنْتُمَا
فَعَلْتُمَا
أَنْتُمَا (تثنية مذكّر مخاطب)
Telah berbuat kamu banyak laki-laki.  Mengandungi dhomir:  أَنْتُمْ
فَعَلْتُمْ
أَنْتُمْ (جمع مذكّر مخاطب)
Telah berbuat kamu seorang perempuan.  Mengandungi dhomir:  أَنْتِ
فَعَلْتِ
أَنْتِ (مفرد مؤنث مخاطبة)
Telah berbuat kamu berdua orang perempuan.  Mengandungi dhomir:  أَنْتُمَا
فَعَلْتُمَا
أَنْتُمَا (تثنية مؤنث مخاطبة)
Telah berbuat kamu banyak perempuan.  Mengandungi dhomir:  أَنْتُنَّ
فَعَلْتُنَّ
أَنْتُنَّ (جمع مؤنث مخاطبة)
Telah berbuat aku laki-laki/perempuan.  Mengandungi dhomir :  أَنَا
فَعَلْتُ
أَنَا (متكلّم وحده)
Telah berbuat kami/kita laki-laki/perempuan.  Mengandungi dhomir:  نَحْنُ
فَعَلْنَا
نَحْنُ (متكلّم مع الغير)

4 comments:

  1. Assalamu'alaikum..
    Alhamdulillah..akhirnya saya menemukan tulisan yang membuat saya mudah untuk memahami ilmu tentang Sharaf/ Tashrif...Jazakallah

    ReplyDelete
  2. syukranlak ya akhi

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas penjelasan anda. Shukran al jazilan.

    ReplyDelete
  4. terima kasih tuan..penjelasan jelas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...