Thursday, May 29, 2014

BAHASA ARAB LANJUTAN-Pelajaran 16-Tawkid



BAHASA ARAB LANJUTAN
Pelajaran 16: Tawkid
PENGERTIAN
1.Tawkid bererti penguatan atau penyungguhan. Dalam ilmu nahu tawkid ialah mana-mana kata yang berfungsi untuk menguatkan pengertian kata atau ayat yang sebelumnya.
2.Tawkid adalah isim tabi’ yang menghilangkan adanya kemungkinan lain dari yang dimaksudkan.
3.Tawkid adalah penguat, yakni kata yang mengikuti kepada yang diikutinya yang bertujuan untuk menegaskan kata yang diikuitinya (yang di-tawkidinya).
4.Tawkid adalah isim yang mengikuti isim lain yang berfungsi untuk menguatkan erti dan menghilangkan keraguan si pendengar.
5.Tawkid ialah lafaz yang menyertai sebuah lafaz dimana ia berfungsi untuk memperkukuhkan lafaz, sehingga boleh menghilangkan keaguan.Dengan kata lain tawkid adalah lafaz untuk menghilangkan kemungkinan-kemungkinan.
CONTOH 1:
جَاءَ زَيْدٌ
Telah datang Zaid
Ada kemungkinan Zaid telah datang bersama temannya atau pembantunya.
جَاءَ زَيْدٌ نَفْسُهُ
Telah datang Zaid dirinya sendiri
Lafaz نَفْسُهُ merupakan  penguat erti (tawkid) untuk menyatakan bahawa yang datang sebenarnya Zaid itu sendiri, bukan wakil atau pesuruhnya. 

CONTOH 2:
جَاءَ الْقَوْمُ
Telah datang kaum itu
Ada kemungkinan bahawa yang datang itu sebahagian dari kaum mereka.
جَاءَ لْقَوْمُ كُلُّهُمْ
Telah datang kaum itu keseluruhannaya
Lafaz كُلُّهُمْ merupakan penguat erti(tawkid) untuk menyatakan kaum itu kesemuanya telah datang. 

PEMBAHAGIAN TAWKID;
Tawkid iti terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
1.TAWKID LAFZI (لَفْظِيٌّ): Tawkid lafzi ialah mana-mana tawkid yang menggunakan pengulangan kata untuk menguatkan kata atau ayat yang sebelumnya.
Contoh:
ألْكَذِبَ الْكَذِبَ جَنِّبْهُ
Pembohongan, pembohongan, jauhilah ia.
خُذِ الْقَلَمَ الْقَلَمَ
Ambillah pen itu, pen yang itu.
اِحْتَرِمْ وَالِدَيْكَ اِحْتَرِمْ وَالِدَيْكَ
Hormatilah kedua orang tua kamu,hormatilah kedua orang tua kamu.

2.TAWKID MA’NAWI (مَعْنَوِيٌّ):Tawkid ma’nawi ialah mana-mana tawkid yang menggunakan kata-kata tertentu untuk menguatkan kata yang sebelumnya.Kata-kata tesebut adalah seperti berikut:

النَّفْسُ
(diri)
 
جَاءَ زَيْدٌ نَفْسُهُ
 
 
Telah datang Zaid dirinya sendiri
هُ
نَفْسُ
زَيْدٌ
جَاءَ
Mudhaf ilaih
Tawkid
(juga mudhaf)
Fa’il
Fi’il
كُلُّ
(semuanya/segala)
جَاءَ الْقَوْمُ كُلُّهُمْ
 
 
Telah datang kaum itu semuanya
مْ
هُ
كُلُّ
الْقَوْمُ
جَاءَ
Tanda jama’
Mudhaf ilaih
 
Tawkid bagi
الْقَوْمُ
Fa’il (juga muakkad)
Fi’il madhi
اَجْمَعُ
(semuanya/segala)
جَاءَ الْقَوْمُ اَجْمَعُوْنَ
 
 
 
Telah datang kaum itu semuanya
 
اَجْمَعُوْنَ
الْقَوْمُ
جَاءَ
نَ adalah pengganti tanwin ketika mufrad
Marfu’ dengan tanda وْ kerana jama’ mudzakkar salim
Tawkid bagi
الْقَوْمُ
Fa’il marfu’ dengan dhammah
Fi’il madhi


Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersial
Download nota Pelajaran 16: <a href="http://www.4shared.com/office/nx5t1Xkvba/Pelajaran_16-Tawkid.html" target=_blank><img src=

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...