Tuesday, March 6, 2012

SIFAT-MAUSHUF (1)

SIFAT – MAUSHUF (1)
Bila ragkaian dua buah Isim atau lebih, semuanya dalam keadaan Nakirah (bertanwin) atau semuanya dalam keadaan Ma’rifah (alif-lam), maka kata yang dihadapan dinamakan Maushuf   (الْمَوْصُوْفُ) – (yang disifati), sedangkan yang di belakang adalah Sifat.
Contoh:

بَيْتٌ جَدِيْدٌ


(sebuah) rumah baru
جَدِيْدٌ
بَيْتٌ
Sifat
Maushuf
اَلْبَيْتُ الْجَدِيْدُ


Rumah yang baru
الْجَدِيْدُ
اَلْبَيْتُ
Sifat
Maushuf

Sifat (اَلصِّفَةُ) ataupun Na’at (اَلْنَعْتُ) adalah isim mu’rab yang datang selepas isim mu’rab. Isim mu’rab yang datang sebelumnya ini dinamakan Man’ut (مَنْعُوْتٌ) atau pun (مَوْصُوْفٌ) , lalu ia mengikutinya dari segi mudzakkar dan muannats, mufrad, mutsanna dan jama’, nakirah dan ma’rifah dan I’rab (rafa’, nashab dan jar).
Contoh (1):

جَاءَ طَالِبٌ مُجْتَهِدٌ
Telah datang seorang pelajar yang rajin.
Di sini Na’at atau pun kata Sifat ialah lafaz " مُجْتَهِدٌ " . Lafaz ini mengikuti Isim Mu’rab yang datang sebelumnya (iaitu lafaz " طَالِبٌ " ) dari segi mudzakkar, mufrad, nakirah dan I’rab (Rafa’)

Contoh (2):

جَائَتْ طَالِبَةٌ مُجْتَهِدَةٌ
Telah datang seorang pelajar perempuan yang rajin.
Di sini Na’at atau pun kata Sifat ialah lafaz " مُجْتَهِدَةٌ " . Lafaz ini mengikuti Isim Mu’rab yang datang sebelumnya (iaitu lafaz " طَالِبَةٌ " ) dari segi muannats, mufrad, nakirah dan I’rab (Rafa’).

Contoh (3):

جَاءَ الطَّالِبَانِ الْمُجْتَهِدَانِ
Telah datang dua orang pelajar yang rajin itu.
Di sini Na’at atau pun kata Sifat ialah lafaz " الْمُجْتَهِدَانِ " . Lafaz ini mengikuti Isim Mu’rab yang datang sebelumnya (iaitu lafaz " الطَّالِبَانِ " ) dari segi mutsanna, mudzakkar, ma’rifah dan I’rab (Rafa’).

Contoh (4):

جَاءَ الطُّلاَّبُ الْمُجْتَهِدُوْنَ
Telah datang pelajar-pelajar yang rajin itu.
Di sini Na’at atau pun kata Sifat ialah lafaz " الْمُجْتَهِدُوْنَ " . Lafaz ini mengikui Isim Mu’rab yang datang sebelumnya (iaitu lafaz " الطُّلاَّبُ ") dari segi mudzakkar, jama’, ma’rifah dan I’rab (Rafa’).

Contoh (5):

رَأَيْتُ الطُّلاَبَ الْمُجْتَهِدِيْنَ
Telah lihat oleh ku akan pelajar-pelajar yang rajin itu.
Di sini Na’at atau pun kata Sifat ialah lafaz " الْمُجْتَهِدِيْنَ ". Lafaz ini mengikuti Isim Mu’rab yang datang sebelumnya (iaitu lafaz " الطُّلاَّبَ ") dari segi mudzakkar, jama’, ma’rifah dan I’rab (Nashab).

Contoh (6):

ذَهَبْتُ إِلَى الطُّلاَّبِ الْمُجْتَهِدِيْنَ
Telah pergi oleh ku kepada pelajar-pelajar yang rajin itu.
Di sini Na’at atau pun kata Sifat ialah lafaz " الْمُجْتَهِدِيْنَ ". Lafaz ini mengikuti Isim Mu’rab yang datang sebelumnya ( iaitu lafaz " الطُّلاَّبِ ") dari segi mudzakkar, jama’, ma’rifah dan I’rab (Jar).

KESIMPULAN:
Na’at atau pun Sifat ialah Isim Mu’rab yang datang selepas Isim Mu’rab, lalu ia mengikutinya dari segi jantina, bilangan, nakirah atau ma’rifah, dan I’rab.  Man’ut atau pun maushuf pula ialah Isim Mu’rab yang datang sebelum Na’at atau Sifat.

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apa pun, selama tidak untuk tujuan komersial.

Download:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...