Friday, March 9, 2012

MUBTADA DAN KHABAR (2)-Pembahagian Mubtada -(Isim Zahir)

MUBTADA DAN KHABAR (2)
PEMBAHAGIAN MUBTADA (ISIM ZAHIR)
MUBTADA dan KHABAR adalah dua isim yang membentuk susunan Jumlah Ismiyyah (kalimat sempurna).
Mubtada adalah isim yang diterangkan (subjek), manakala Khabar adalah isim yang menerangkan (predikat). Jumlah yang terdiri dari mubtada dan khabar disebut Jumlah Ismiyyah.
Contoh:

اَلْعِلْمُ نَافِعٌ


Ilmu itu bermanfaat
نَافِعٌ
اَلْعِلْمُ
Khabar
Mubtada
اَلْأُسْتَاذُ مَرِيْضٌ


Ustaz itu sakit
مَرِيْضٌ
الْأُسْتَاذُ
Khabar
Mubtada
عَلِيُّ غَنِيٌّ


Ali itu kaya
غَنِيٌّ
عَلِيُّ
Khabar
Mubtada
أَنْتَ مُـجْتَهِدٌ


Engkau seorang yang rajin
مُـجْتَهِدٌ
أَنْتَ
Khabar
Mubtada

HURAIAN:
Contoh-contoh di atas adalah jumlah ismiyyah kerana terdiri dari dua isim: yang pertama disebut Mubtada , dan yang kedua disebut Khabar.
Contoh Dalam Jumlah:

وَاَرْضُ اللهِ وَاسِعَةٌ
Dan bumi Allah itu luas.  (QS:39:10)
Kata    اَرْضُ اللهِ (bumi Allah) adalah kata benda (isim) yang dirafa’kan yang dijadikan pokok kalimat atau mubtada dan terletak di permulaan kalimat.
مُـحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ
Muhammad adalah Rasulullah.
Kata   مُـحَمَّدٌ (Muhammad) adalah kata benda (isim) yang dirafa’kan yang dijadikan pokok kalimat atau mumtada dan terletak di permulaan kalimat.

PEMBAHAGIAN MUBTADA:
Mubtada dibahagikan kepada beberapa jenis, di antaranya adalah seperti berikut:
(a)    Mubtada berupa isim zahir, iaitu kata benda(isim) yang nampak.
(b)   Mubtada berupa isim dhomir, iaitu kata ganti.
(c)    Mubtada beruspa isim isyarah, iaiytu kata tunjuk.
(d)   Mubtada muakhar, iaitu Mubtada yang diakhirkan.
(a)Mubtada berupa Isim Zahir, iaitu kata benda (isim) yang nampak.
Contoh (1):

اللهُ خَالِقٌ كُلِّ شَيْءٍ
Allah adalah pencipta tiap-tiap sesuatu. (QS:39:62)
Kata   اَللهُ adalah kata benda (isim) yang nampak (isim zahir) dan berkedudukan sebagai mubtada.

Contoh (2):

اَلْـمُسْلِمُ كَرِيـْمٌ
Orang Islam laki-laki itu mulia.
Kata “al-muslimu” (orang Islam laki-laki) adalah kata benda yang nampak atau isim zahir, dan berkedudukan sebagai mubtada. Jika mubtadanya isim mufrad mudzakkar, maka khabarnya juga harus isim mufrad mudzakkar.
الْـمُسْلِمَانِ كَرِيـْمَانِ
Dua orang Islam laki-laki itu mulia.
Kata “al-muslimani” (dua orang Islam laki-laki) adalah kata benda yang nampak atau isim zahir, dan berkedudukan sebagai mubtada. Jika mubtadanya isim mutsanna mudzakkar, maka khabarnya juga harus isim mutsanna mudzakkar.
الْـمُسْلِمُوْنَ كَرِيـْمُوْنَ
Orang-orang Islam laki-laki itu mulia.
Kata “al-muslimuuna” (Orang-orang Islam laki-laki) adalah kata benda yang nampak atau isim zahir, dan berkedudukan sebagai mubtada. Jika mubtadanya jama’ mudzakkar salim, maka khabarnya juga harus jama’ mudzakkar salim.
الْـمُسْلِمَةُ كَرِيـْمَةٌ
Orang Islam perempuan itu mulia.
Kata “al-muslimatu” (Orang Islam perempuan) adalah kata benda yang nampak atau isim zahir, dan berkedudukan sebagai mubtada. Jika mubtadanya isim mufrad muannats, maka khabarnya juga harus isim mufrad muannats.
الْـمُسْلِمَتَانِ كَرِيـْمَتَانِ
Dua orang Islam perempuan itu mulia.
Kata “al-muslimataani” (Dua orang Islam perempuan) adalah kata benda yang nampak atau isim zahir, dan berkedudukan sebagai mubtada. Jika mubtadanya isim mutsanna muannats, maka khabarnya juga harus isim mutsanna muannats.
الْـمُسْلِمَاتُ كَرِيـْمَاتٌ
Orang-orang Islam perempuan itu mulia.
Kata “al-muslimaatu” (Orang-orang Islam perempuan) adalah kata benda yang nampak atau isim zahir, dan berkedudukan sebagai mubtada. Jika mubtadanya isim jama’ muannats salim, maka khabarnya juga harus isim jama’ muannats salim.

KETENTUAN-KETENTUAN MUBTADA DAN KHABAR:
Terdapat beberapa ketentuan Mubtada dan Khabar seperti berikut:
1.       Mubtada dan Khabar selamanya harus marfu’.
2.       Susunan Mubtada dan Khabar adalah jumlah yang dimulai dengan isim dan disebut Jumlah Ismiyyah. Sedangkan susunan fi’il dan fail disebut Jumlah Fi’liyyah, iaitu jumlah yang dimulai dengan fi’il.
3.       Jika isim marfu’ didahului oleh fi’il, maka isim tersebut adalah fa’il atau naib fa’il. Dan jika isim marfu’ mendahului fi’il, maka isim tersebut adalah mubtada.
4.       Susunan Mubtada dan Khabar harus selamnya sesuai, seperti berikut:
(a)    Jika mUbtadanya mufrad, maka Khabarnya juga harus mufrad.
(b)   Jika Mubtadanya mutsanna atau jama’, maka Khabarnya juga harus mutsanna atau jama’.
(c)    Jika Mubtadanya muannats atau mudzakkar, maka Khabarnya juga harus muannats atau mudzakkar.

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama  tidak untuk tujuan komersial.
 Download:

5 comments:

  1. Terima kasih atas penjelasan.. Semoga Allah merahmati anda..

    ReplyDelete
  2. Mhn pnjelasan kalimat الدين النصيحه karena klimat ad diinu mudzakkar & kalimt an nasihatu muannats..?? Tks

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...