MAKRAJ HURUF DAN
HUKUM TAJWEED
Bahagian (4/4)
Cara Bacaan/Makraj | Contoh | Panduan Pengenalan | Hukum Tajweed | Bil. |
Lam nipis. (Nipiskan bunyi lam) | بِسْمِ اللَّهِ | Apabila didahului oleh huruf berbaris dibawah. ـِ الله | Lam Lafz Al-Jalalah-LAM Dibaca Nipis | 34. |
Wajib dengung. (Dengungkan nun/mim) | فَإِنَّ اللهَ فَكُلُوامِمَّاأَمْسَكْنَ | Terjadi pada huruf nun dan mim yang bersabdu dalam satu perkataan. مّ / نّ | Wajibul Ghunnah | 35. |
Pantulan kecil/perlahan. (Pantulkan perlahan semasa dimatikan di tengah ayat) | مِن قَبْلِكُمْ لَم يَلِدْ ..... | Apabila sukun pada huruf qalqalah adalah asal, bukan kerana wakaf. ..... قْ/طْ/بْ/جْ/دْ ..... | Qalqalah Sughra | 36. |
Pantulan besar/kuat. (Pantulkan kuat semasa dimatikan di hujung ayat) | ..... لَم يُولَدْ | Apabila sukun pada huruf qalqalah terjadi kerana wakaf atau di akhir perkataan. ..... قْ/طْ/بْ/جْ/دْ | Qalqalah Kubra | 37. |
Berhenti sejenak dan tidak bernafas sekitar dua harakat. | عِوَجَا مِن مَّرْقَدِنَاهَذَا وَقِيلَ مَنْرَاقٍ بَلْ رَان | Berhenti seketika kadar dua harakat tanpa menukar nafas dan menyambung semula ayat pada nafas yang sama. Ada 4 tempat: | Bacaan Saktah | 38. |
Dibac 2 harakat. | إِنَّآأَنزَلْنَاهُ قُرْءَانًاعَرَبِيًّا | Huruf hamzah mendahului huruf mad di tengah kalimat atau di akhir kalimah. | Mad Syibih bil badl | 39. |
Memuncungkan mulut ketika membaca nun bertasdid “Laa Takmaunna”. | لاَ تَأْمَــنَّا | Memuncungkan dua bibir sejurus selepas mensukunkan huruf sebagai isyarat baris hadapan. Hanya pada satu tempat. | Bacaan Isymam | 40. |
Sebutan antara fathah dan kasroh seperti bunyi E. | بِسْمِ اللهِ مَجْرِيـهَا | Bacaan fathah cenderung menjadi kasroh. Hanya pada satu tempat. | Bacaan Imalah | 41. |
Tukar alif kepada hamzah dan dibacakan antara hamzah dan alif. | ءَاْعْجَمِيٌّ | Bacaan yang menyembunyikan huruf antara hamzah dan alif atau jelaskan bacaan hamzah pertama dan mentashilkan hamzah kedua. | Bacaan Tashil | 42. |
Tukar bacaan hamzah kepada lam. “Bi’ salismi” | بِئْسَ الإِسْمِ | Memindahkan baris hamzah kapada huruf yang sukun sebelumnya dengan menghilangkan bunyi hamzah itu. | Bacaan Naqal | 43. |
Dibaca baris bawah. | انفِرُواْ | Bacaan yang terjadi pada fi’il, di mana huruf ketiga kasroh, maka hamzah wasal dibaca baris bawah. | Hamzah Wasal Dengan Kasroh | 44. |
Dibaca baris atas. | التَّآئِبُونَ | Bacaan yang terjadi pada lam-at-takrif ketika memulakan bacaan. | Hamzah Wasal Dengan Fathah | 45. |
Dibaca baris depan. | انظُرُاْ | Bacaan yang terjadi pada fi’il , di mana huruf ke tiga berbaris dhommah asal, maka hamzah wasal hendaklah dibaca dhommah. | Hamzah Wasal Dengan Dhommah | 46. |
Tanwin digantikan nun kasroh ketika sambung. | ـ أَحَدٌنِ اللهُ خَبِثةٍنِ اجْتُثَّتْ | Bacaan ini berlaku apabila bacaan tanwin disambungkan dengan hamzah wasal selepasnya. ـ ـٌ / ـً / ـٍ / ـ نِ | Dibaca Dengan Huruf Nun Kasroh | 47. |
Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersial.
Download:
No comments:
Post a Comment