BAHASA ARAB LANJUTAN
Pelajaran 1 – Nahwu Dan Shorof
Kaedah Bahasa Arab terbahagi kepada dua bahagian:
1. Ilmu Nahwu,
2. Ilmu Shorof
ILMU NAHWU
Nahwu adalah ilmu untuk mengetahui hukum akhir dari sesuatu kata, sama ada berharokat dhommah, fathah atau kasrah.
Ini bermakna ilmu nahwu adalah kaedah untuk mengetahui kedudukan, harokat akhir dan I’rab setiap kata yang masuk dalam sesuatu kalimat.
Contoh:
جَاءَ رَجُلٌ | Telah datang seorang laki-laki | |
رَجُلٌ | جَاءَ | |
Harokat akhir dhommah (marfu’) | | |
رَأَيْتُ رَجُلاً | Aku melihat seorang laki-laki | |
رَجُلاً | رَأَيْتُ | |
Harokat akhir fathah (manshub) | | |
مَرَرْتُ بِرَجُلٍ | Aku berjumpa dengan seorang laki-laki | |
بِرَجُلٍ | مَرَرْتُ | |
Harokat akhir kasrah (majrur) | |
ILMU SHOROF
Shorof adalah ilmu tentang perubahan sesuatu kata. Bermakna ilmu tentang pembentukan kata dan perubahannya, samaada kerana penambahan atau pengurangan.
Contoh:
مَنْصُوْرٌ | نَاصِرٌ | نَصَرَ |
Orang yang ditolong | Penolong | Menolong |
Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersil.
Download tajuk ini:
Sila ikuti syarahan Pelajaran 1:
Download syarahan Pelajaran 1:
http://www.4shared.com/mp3/fGreig-r/pelajaran-1.html
No comments:
Post a Comment