Sunday, December 11, 2011

ILMU SHOROF (ii)-(19/22)-Fi'il Ditinjau Dari Pelakunya


ILMU SHOROF (ii)-(19/22)-Fi’il Ditinjau Dari Pelakunya

Fi’il ditinjau dari pelakunya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

1.       Fi’il Ma’lum, iaitu fi’il yang ada atau diketahui pelakunya (kata kerja aktif).

2.       Fi’il Majhul, iaitu fi’il yang tidak diketahui pelakunya (kata kerja pasif).

FI’IL MA’LUM:

Fi’il Ma’lum adalah fi’il yang ada atau diketahui pelakunya, iaitu fa’ilnya (kata kerja aktif).

Contoh:

يَكْتُبُ مُحَمَّدٌ الدَّرْسُ

Muhammad sedang menulis pelajaran
الدَّرْسُ
مُحَمَّدٌ
يَكْتُبُ
Maf’ul Bih
Fa’il
Fi’il Ma’lum
أَكَلَ مُحَمَّدٌ الرُّزَّ

Muhammad telah makan nasi
الرُّزَّ
مُحَمَّدٌ
أَكَلَ
Maf’ul Bih
Fa’il
Fi’il Ma’lum

FI’IL MAJHUL:

Fi’il Majhul adalah fi’il yang tidak diketahui pelakunya, iaitu tidak diketahui fa’ilnya (kata kerja pasif).

Contoh:

قُرِئَ النَّبَأُ


Berita itu telah dibaca
النَبَأُ
قُرِئَ
Naibul Fa’il
Fi’il Majhul
يُكْتَبُ الدَّرْسُ


Pelajaran itu sedang ditulis
الدَّرْسُ
يُكْتَبُ
Naibul Fa’il
Fi’il Majhul

Cara Membuat Fi’il Majhul:

  1. Untuk Fi’il Madhi – Dikasrohkan huruf sebelum terakhir dan didhommahkan semua huruf sebelumnya yang berharokat.

Contoh:

كَتَبَ
Fi’il majhulnya  كُتِبَ ertinya telah ditulis.
تَرْجَمَ
Fi’il majhulnya  تُرْجِمَ   ertinya telah diterjemah.

  1. Untuk Fi’il Mudhori’ – Didhommahkan huruf awalnya dan difathahkan huruf sebelum huruf akhir.

Contoh:

يَكْتُبُ
Fi’il Majhulnya  يُكْتَبُ  ertinya sedang ditulis.
يُتَرْجِمُ
Fi’il Majhulnya  يُتَرْجَمَ  ertinya sedang diterjemah.
Uktuk download tajuk ini sila klik padaa link berikut:
http://www.4shared.com/document/HkGwmup0/ILMU_SHOROF__ii_-_1945_-Fiil_D.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...