Friday, December 23, 2011

Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith-(12)-Dalil Berdiri Betul-Qiyam (Rukun Ke Tiga)


DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru  di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim]

DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM

12.  DALIL BERDIRI BETUL-QIYAM-(RUKUK KE TIGA)

Bil.
Dalil
1.
Dari Abu Humaidi Asy-Sa’idi r.a., katanya: “ ….. biasanya (Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam) apabila berdiri hendak mengerjakan sembahyang, ia berdiri tegak dan mengangkat kedua tangannya hingga menyamai kedua bahunya, (lalu bertakbir – dengan takbiratulihram) …..” [Hadith riwayat Imam Ahmad dan lainnya]
2.
Dari ‘Imran bin Hushain r.a., telah berkata: Aku telah terkena penyakit buasir, lalu aku bertanya Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam tentang (bagaimana cara untuk aku) solat. Lalu baginda bersabda: “Solatlah dalam keadaan engkau berdiri, sekiranya tak mampu, maka sambil duduk, sekiranya tak mampu juga maka solatlah dalam keadaan engkau berbaring – dengan mengiring (ke sebelah kanan) …..”. [Hadith shahih riwayat Bukhari.]
3.
Hadith ke 2 ini juga diriwayatkan oleh Nasa’I dan ada tambahan di hujungnya, iaitu (Baginda bersabda): “Kalau engkau tidak juga dapat (mengerjakan sembahyang dengan cara yang tersebut), maka hendaklah engkau mengerjakannya dengan telentang; Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar yang terdaya olehnya.” 
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/XlY9ELsi/12_Dalil_Berdiri_Betul-Qiyam-_.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...