DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH |
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim] |
DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM
7. DALIL MENGHADAP KIBLAT (SYARAT)
Bil. | Dalil |
1. | Sesungguhnya Kami (sering) melihat mukamu (wahai Muhammad) menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkan muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Al-Kitab (Taurat dan Injil), mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. [QS. Al-Baqarah: 2:144] |
2. | Dan dari mana sahaja kamu berangkat, maka palingkan wajahmu ke arah Masjid Al-Haram. Dan di mana sahaja (sekelian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Ku (sahaja). Dan agar Ku sempurnakan nikmat Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk. [QS. Al-Baqarah: 2:150] |
3. | Dari Al-Bara’ r.a., katanya: Kami telah sembahyang bersama-sama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam (dengan menghadap) ke Bait Al-Makhdis, selama enam belas bulan atau tujuh belas bulan; kemudian kami diarahkan berkiblat ke Kaabah. [Hadith Shahih – Riwayat Muslim] |
4. | Daripada Abu Hurairah r.a., telah berkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda dalam hadith orang yang tidak sempurna solatnya: “Apabila kamu ingin mendirikan solat maka sempurnakanlah wuduk kemudian menghadap kiblat dan bertakbirlah.” [Riwayat Al-Bukhari] |
5. | Dari Rifa’ah bin Rafi’ Al-Zuraqi r.a., bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda (kepada orang yang mengerjakan sembahyangnya dengan cara yang tidak betul): “Apabila engkau hendak mengerjakan sembahyang maka berwuduklah dengan cara yang sebaik-baiknya, kemudian hendaklah mengadap kiblat, kemudian bertakbirlah (mengerjakan sembahyang) ….. “ [Hadith Shahih – Riwayat Imam Ahmad] |
http://www.4shared.com/document/LB_rrfFf/7_Dalil_Meghadap_Kiblat__Syara.html
No comments:
Post a Comment