Friday, December 9, 2011

Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith-(4)-Dalil Bersuci Dan Wuduk


DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru  di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim]

DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM

4.  DALIL BERSUCI DAN WUDUK

Bil.
Dalil
1.
Wahai orang-orang yang beriman,apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepada lamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh (berjimak dengan) perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (menyucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. [QS. Al-Ma’idah: 5:6]
2.
Daripada Abu Hurairah r.a. telah berkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Tidak akan diterima solat seseorang kamu apabila dia berhadas sehinggalah dia berwuduk semula.” [Riwayat Muslim]
3.
Daripada Ali bin Abu Talib r.a. daripada Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Pembuka kepada solat itu ialah kesucian dan yang mengharamkannya (yakni daripada melakukan perkara-perkara lain) ialah takbir dan yang merungkaikannya ialah salam.” [Riwayat At-Tirmizi]
4.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Sekiranya tidak menjadi keberatan ke atas umat ku nescaya akan ku perintahkan mereka bersugi ketika setiap kali solat.” [Riwayat Muslim]
5.
Daripada Humran hamba kepada Usman r.a. telah berkata: Sesungguhnya Usman bin Affan r.a. telah meminta air untuk bersuci, lalu beliau berwuduk. Dibasuhnya kedua tapak tangannya tiga kali kemudian beliau berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung, kemudian membasuh mukanya sebanyak tiga kali kemudian membasuh tangan kanannya hingga ke siku sebanyak tiga kali begitu juga tangan kirinya kemudian menyapu kepalanya kemudian membasuh kaki kanannya sebanyak tiga kali begitu juga dengan kaki kirinya, lalu beliau berkata: Aku telah melihat Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam mengambil wuduk seperti wuduk ku ini kemudian di bangun dan menunaikan solat dua rakaat sedang dia tidak berkat-kata dalam dirinya ketika solat tersebut, nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.” [Riwayat Muslim]
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/document/Ke4sxq02/4_Dalil_Bersuci_Dan_Wuduk.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...