DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH |
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim] |
DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM
1. DALIL SOLAT
Bil. | Dalil |
1. | “Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat (yang menjadi tiang agama), sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” [An-Nisaa’: 4:103] |
2. | “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahuai apa yang kamu kerjakan.” [Al-‘Ankabut: 29:45] |
3. | “Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnyanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang hendak bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” [Al-Baqarah: 2:1-3] |
4. | “Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang-orang yang sabar.” [Al-Baqarah: 2:153] |
5. | Dari Muaz r.a. katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Kepala atau asas agama (yang aku bawa) ini ialah (melafazkan dua kalimat syahadah yang mengesahkan) Islam – Dan (dengan itu) sesiapa yang telah Islam: selamatlah ia (di dunia dan akhirat); dan (selain itu) tiang agama pula ialah sembahyang ….. “ [Hadith sahih riwayat Thobrani] |
6. | Dari Anas r.a. katanya: Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “ ….. (selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa isra’ dan mi’raj pada malam itu), maka Allah ‘azzawajalla fardhukan (atasku dan) atas umatku lima puluh sembahyang ….. lalu aku memohon kepadaNya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telahpun dikurangkanNya sehingga tinggal lima sahaja); Maka Allah Ta’ala berfirman: Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya), dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti ….. “ |
No comments:
Post a Comment