ILMU NAHWU 34 – Fi’il Mudhori’ Yang Di Nashob
Fi’il Mudhori’ di nashob apabila kemasukan huruf nashob.
Tanda-tanda fi’il mudhori’ yang di nashob adalah seperti berikut:
Bil.  | Ketentuan  | Tanda  | 
1.  | Apabila tidak bersambung dengan apa pun. Contoh:  يَكْتُبُ  menjadi  لَنْ يَكْتُبَ  | Fathah  | 
2.  | Apabila bersambung dengan alif itsnain. Contoh:  يَكْتُبَانِ  menjadi  لَنْ يَكْتُبَا  | Nunnya dihilangkan  | 
3.  | Apabila bersambung dengan wawu jama’ah. Contoh:  يَكْتُبُونَ  menjadi  لَنْ يَكْتُبُوا  | Nunnya dihilangkan  | 
4.  | Apabila bersambung dengan ya’ mukhothobah. Contoh:  تَكْتُبِيْنَ  menjadi  لَنْ تَكْتُبِي  | Nunnya dihilangkan  | 
5.  | Apabila ada huruf ‘illat terakhir alif. Contoh:  يَرْضَى  menjadi  لَنْ يَرْضَى  | Fathah muqoddarah  | 
6  | Apabila ada huruf ‘illat terakhir ya’. Contoh:  يَرْمِي  menjadi  لَنْ يِرْمِيَ  | Fathah  | 
7.  | Apabila ada huruf ‘illat terakhir wawu. Contoh:  يَغْزُو  menjadi  لَنْ يَغْزُوَ  | Fathah  | 
Adapun di antara huruf-huruf nashob adalah:
أَنْ  (akan)  | لَنْ (tidak akan)  | كَيْ  (supaya)  | 
إِذَنْ  (jadi)  | حَتَّى  (hingga/sampai)  | لـِ  (supaya)  | 
[Bersambung – ILMU NAHWU 35 – Fi’il Mudhori’ Yang Di Jazam]
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:

No comments:
Post a Comment