ILMU SHOROF
إِعْلَمْ أَنَّ الصَّرْفَ أُمُّ الْعُلُوْمِ وَالنَّحْوَ أَبُوْهَا
“Ketahuilah, bahawa Shorof itu adalah induk dari segala ilmu dan Nahwu pula menjadi bapanya.”
(10/16)
TSULASI MUJARROD
Tsulasi mujarrod adalah kata kerja (fi’il madhi)yang tersusun dari tiga huruf sahaja. Tsulasi mujarrod memiliki enam bab dengan wazan yang berbeza untuk setiap babnya. Setiap fi’il madhi yang tersusun dari tiga huruf pasti akan termasuk ke dalam salah satu dari enam bab ini, di mana antara satu bab dengan bab yang lain memiliki perubahan bentuk yang spesifik.
Berikut adalah jadual wazan tsulasi mujarrod dari bab 1 hingga bab 6:
Jadual Wazan Tasrif Tsulasi Mujarrod
فعل مضارع مجهول | فعل ماضي مجهول | اسم الألة | اسم الزمان و المكان | فعل النهي | فعل الأمر | اسم مفعول | اسم فاعل | مصدر | فعل المضارع | فعل الماضي | Bab |
يُفْعَلُ | فُعِلَ | مِفْعَلٌ | مَفْعَلٌ | لاَ تَفْعُلْ | اُفْعُلْ | مَفْعُوْلٌ | فَاعِلٌ | فَعْلاً | يَفْعُلُ | فَعَلَ | 1 |
يُفْعَلُ | فُعِلَ | مِفْعَلٌ | مَفْعِلٌ | لاَ تَفْعِلْ | اِفْعِلْ | مَفْعُوْلٌ | فَاعِلٌ | فَعْلاً | يَفْعِلُ | فَعَلَ | 2 |
يُفْعَلُ | فُعِلَ | مِفْعَلٌ | مَفْعَلٌ | لاَ تَفْعَلْ | اِفْعَلْ | مَفْعُوْلٌ | فَاعِلٌ | فَعْلاً | يَفْعَلُ | فَعَلَ | 3 |
يُفْعَلُ | فُعِلَ | مِفْعَلٌ | مَفْعَلٌ | لاَ تَفْعَلْ | اِفْعَلْ | مَفْعُوْلٌ | فَاعِلٌ | فَعْلاً | يَفْعَلُ | فَعِلَ | 4 |
يُفْعَلُ | فُعِلَ | مِفْعَلٌ | مَفْعِلٌ | لاَ تَفْعِلْ | اِفْعِلْ | مَفْعُوْلٌ | فَاعِلٌ | فَعْلاً | يَفْعِلُ | فَعِلَ | 5 |
يُفْعَلُ | فُعِلَ | مِفْعَلٌ | مَفْعَلٌ | لاَ تَفْعُلْ | اُفْعُلْ | مَفْعُوْلٌ | فَعِيْلٌ | فَعْلاً | يَفْعُلُ | فَعُلَ | 6 |
Keterangan:
1. Tiap-tiap fi’il madhi mesti mempunyai makna “telah …”. Tiap-tiap fi’il madhi ma’aruf mempunyai empatbelas tasrif lughowi mengikut dhomirnya.
2. Tiap-tiap fi’il mudhori’ mesti mempunyai makna “sedang/akan …”. Tiap-tiap fi’il mudhori’ ma’aruf mempunyai empat belas tasrif lughowi mengikut dhomirnya.
3. Tiap-tiap mashdar mesti mempunyai makna yang jadi pokok, seperti perbuatan, pukulan dll. Mashdar tidak ada dhomir. Tiap-tiap mashdar mempunyai tiga tasrif lughowi.
4. Tiap-tiap isim faa’il mesti mempunyai makna “yang …”. Isim faa’il tidak mempunyai dhomir. Tiap-tiap isim faa’il mempunyai enam tasrif lughowi.
5. Tiap-tiap isim maf’ul mesti mempunyai makna “yang di …”. Isim maf’ul tidak mempunyai dhomir. Tiap-tiap isim maf’ul mempunyai enam tasrif lughowi.
6. Tiap-tiap fi’il amar mesti mempunyai makna “hendaklah …”. Tiap-tiap fi’il amar mempunyai enam tasrif lughowi mengikut dhomirnya.
7. Tiap-tiap fi’il nahi mesti mempunyai makna “jangan …”. Tiap-tiap fi’il nahi mempunyai enam tasrif lughowi mengikut dhomirnya.
8. Tiap-tiap isim zaman mesti mempunyai makna “masa…”. Isim zaman tidak mempunyai dhomir. Tiap-tiap isim zaman mempunyai tiga tasrif lughowi.
9. Tiap-tiap isim makan mesti mempunyai makna “tampat …”. Isim makan tidak mempunyai dhomir. Tiap-tiap isim makan mempunyai tiga tasrif lughowi.
10. Tiap-tiap isim alat mesti mempunyai makna “perabut/alat …”. Isim alat tidak ada dari fi’il yang hurufnya lebih dari tiga. Isim alat tidak mempuntai dhomir. Tiap-tiap isim alat mempunyai tiga tasrif lughowi.
11. Tiap-tiap fi’il madhi majhul mesti mempunyai makna “telah di …”. Tiap-tiap fi’il madhi majhul mempunyai empat belas tasrif lughowi mengikut dhomirnya.
12. Tiap-tiap fi’il mudhori’ majhul mesti mempunyai makna “sedang di … /atau akan di …”. Tiap-tiap fi’il mudhori’ majhul mempunyai empat belas tasrif lughowi mengikut dhomirnya.
Semua tasrif lughowi akan ditunjukkan dalam post akan datang.
No comments:
Post a Comment