اَلاَسْمَاءُ الْخَمْسَةُ
ASMA’UL KHAMSAH/ISIM LIMA
1. PENGERTIAN
(a) Asma’ul khamsah itu adalah: اَبٌ = bapa
اَخٌ = saudara
حَمٌ = pakcik
فَوْ = mulut
ذُوْ = yang mempunyai
2. I’RAB ASMA’UL KHAMSAH
(a) Adapun Asma’ul khamsah maka dirafa’kan dengan memakai wawu dan dinashabkan dengan memakai alif serta dijarkan dengan memakai ya.
(b) Perlu diketahui bahawa asma’ul khamsah itu bila tidak diidhafatkan (tidak disambung dengan ayat lain), ia dirafa’kan dengan memakai dhammah, dinashabkan dengan memakai fathah dan dijarkan dengan memakai kasrah, seperti: حَمٍ , حَمًا , حَمٌ , اَخٍ , اَخًا , اَخٌ , اَبٍ , اَبٌ ) (.
(c) Lafazh-lafazh : ( ذُوْ , فُوْ , اَخٌ , حَمٌ , اَبٌ ) ketentuan I’rabnya semua diidhafatkan atau dimudhafkan dalam keadaan mufrad atau tunggal (bukan mutsana dan bukan pula jama’) dan dalam keadaan mukabbarah (bukan mushagharah).
(d) Contoh asma’ul khamsah yang diidhafatkan seperti berikut:
1. اَبٌ apabila diidhafatkan menjadi : أَبُوْكَ
2. أَخٌ apabila diidhafatkan menjadi : أَخُوْكَ
3. حَمٌ apabila diidhafatkan menjadi : حَمُوْكَ
4. فُوْ apabila diidhafatkan menjadi : فُوْكَ
5. ذُوْ apabila diidhafatkan menjadi : ذُوْ مَالٍ
3. LAFAZH YANG DIRAFA’KAN DENGAN WAWU
Adapun wawu menjadi alamat bagi I’rab rafa’ pada asma’ul khamsah:
ASMA’UL KHAMSAH | PENGERTIAN | HUKUM |
أَبُوْكَ | bapa engkau | مرفوع بالواو Marfu’ dengan wawu |
أَخُوْكَ | Saudara engkau | |
حَمُوْكَ | Pakcik engkau | |
فُوْكَ | Mulut engkau | |
ذُوْ مَالٍ | Mempunyai harta |
4. LAFAZH YANG DINASHABKAN DENGAN MEMAKAI ALIF
Adapun alif menjadi alamat bagi I’ran nashab pada asma’ul khamsah:
ASMA’UL KHAMSAH (MARFU’) | HURUF NASHAB | ASMA’UL KHAMSAH (MANSHUB) | HUKUM |
أَبُوْكَ | أَنَّ | اَنَّ اَبَاكَ | منصوب بالالف Manshub dengan alif |
أَخُوْكَ | اِنَّ | اِنَّ اَخَاكَ | |
حَمُوْكَ | لَكِنَّ | لَكِنَّ حَمَاكَ | |
فُوْكَ | كَأَنَّ | كَأَنَّ فَاكَ | |
ذُوْ مَالٍ | لَيْتَ | لَيْتَ ذَامَالٍ |
5. LAFAZH YANG DIJARKAN DENGAN MEMAKAI YA
Adapun Ya menjadi alamat I’rab khafadh pada asma’ul khamsah:
ASMA’UL KHAMSAH (MARFU’) | HURUF JAR | ASMA’UL KHAMSAH (MAJRUR) | HUKUM |
أَبُوْكَ | مِنْ | مِنْ اَبِيْكَ | مجرور باليأ Majrur dengan Ya |
أَخُوْكَ | اِلَى | اِلَى اَخِيْكََ | |
حَمُوْكَ | عَنْ | عَنْ حَمِيْكَ | |
فُوْكَ | عَلَى | عَلَى فِيْكَ | |
ذُوْ مَالٍ | فِىْ | فِى ذِىْ مَالٍ |
http://www.4shared.com/office/-BF117QT/Asmaul_Khamsah-1.html
boleh bagi contoh soalan dan cara jawab?
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ilmunya..=)
ReplyDeletemohon share ya, syukran..
ReplyDeleteAssalammualaikum, terima kasih atas info tentang tajuk ni. Tapi kalau boleh sertakan contoh ayat untuk lebih orang faham ok jugak. :)
ReplyDeleteAssalammualaikum, terima kasih atas info tentang tajuk ni. Tapi kalau boleh sertakan contoh ayat untuk lebih orang faham ok jugak. :)
ReplyDeletekang sholih saya mau tanya. Katanya kalau di kitab "kawakib adz-dzurriyah" itu isim 6 . Bukan isim 5. Bisa tolong dijelasin
ReplyDeleteralat di situ. فم mksudnya mulut. bukan فو
ReplyDeleteالسلام عليكم. هذا مفيد جدا
ReplyDeleteممتاذ
ReplyDelete