جَمْعٌ التَكْسِيْرٍ
JAMA’ TAKSIR
1. PENGERTIAN JAMA’ TAKSIR
(a) Jama’ Taksir ialah kalimah (kata) isim yang dijama’kan dengan merubah bentuk mufradnya. Perubahan ini ada kalanya dengan menambah huruf atau mengurangi, atau merubah harkat atau ditambah dengan huruf lain salah satu atau seluruhnya.
(b) Dengan perkataan lain Jama’ Taksir adalah “Kalimah yang berubah dari bentuk mufradnya.”
(c) Tidak terdapat di dalam Bahasa Arab satu kaedah yang umum cara-cara pembentukan Jama’ Taksir seperti yang terdapat pada Jama’ Mudzakkar Salim dan Jama’ Muannats Salim.
(d) Jama’ Taksir yang tidak mengikut peruturan biasa hendaklah dipelajari dengan menghafalnya melalui kamus.
2. POPA-POLA JAMA’ TAKSIR
Merupakan jama’ yang bentuknya tidak beraturan dan banyak terjadi perubahan dari bentuk mufradnya, sehingga perlu dihafal pola-polanya. Para ulama nahwu, telah meneliti beberapa kalimat yang dikategorikan jama’ taksir, akhirnya menemukan pola-pola khusus dari jama’ taksir. Adapun pola-pola itu ialah:
رَقْمٌ No. | جَمْعُ التَّكْسِيْرِ Jama’ Taksir |
1. | أَفْعَالٌ |
2. | أَفْعُلٌ |
3. | فِعْلَةٌ |
4. | فُعَّالٌ |
5. | فِعَالٌ |
6. | فُعُولٌ |
7. | فُعُلٌ |
8. | فُعَلاَءُ |
9. | أَفْعِلاَءُ |
10. | فَعَائِلُ |
11. | مَفَاعِلُ |
12. | مَفَاعِيْلُ |
Akan disenaraikan jadual jama’ taksir mengikut wazan (pola) di atas.
No comments:
Post a Comment