Sunday, January 29, 2012

BAHASA ARAB LANJUTAN-Pelajaran 3-Kalimah

BAHASA ARAB LANJUTAN
Pelajaran 3 – Kalimah
Al-Kalimah (kata) adalah lafaz yang mempunyai makna.

Al-Kalimah (الْكَلِمَةُ)
Huruf ( الْحَرْفُ)
Fi’il ( الْفِعْلُ)
Isim (الاِسْمُ)

  1. Isim
Kata yang menunjukkan atas suatu makna, di mana kata tersebut tidak terikat dengan waktu.
Contoh:

دِيْنٌ
بَيْتٌ
كِتَابٌ
Agama
Rumah
Kitab
شَجَرَةٌ
أُسْتَاذٌ
بَابٌ
Pohon
Ustaz
Pintu

  1. Fi’il
Kata yang menunjukkan atas suatu makna, di mana kata tersebut terikat dengan waktu.
Contoh:

ضَرَبَ
كَتَبَ
نَصَرَ
Telah memukul ia
Telah menulis ia
Telah menolong ia
أَكَلَ
قَتَلَ
جَلَسَ
Telah makan ia
Telah membunuh ia
Telah duduk ia

  1. Huruf
Kata yang tidak mempunyai makna yang sempurna kecuali setelah bersambung dengan kata yang lain.
Huruf yang dikategorikan sebagai al-kalimah adalah huruf-huruf ma’any.

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersil

Download Pelajaran 3:
http://www.4shared.com/office/bvXty21v/Pelajaran_3-Kalimah.html
Sila ikuti syarahan Pelajaran 3:

Download syarahan Pelajaran 3:
http://www.4shared.com/mp3/w_Z5_LSp/pelajaran-3.html

BAHASA ARAB LANJUTAN-Pelajaran 2-Harf (Huruf)

BAHASA ARAB LANJUTAN
Pelajaran 2 – Harf (Huruf)
Harf/Huruf (ataupun kata terbitan) ialah kalimah yang tidak dapat difahami maknanya dengan jelas melainkan apabila disandarkan kepada isim atau fi’il.
Haruf terbahagi kepada dua, iaitu:
1.       Huruf Mabany (Huruf Hijaiyah),
2.       Huruf Ma’any.
HURUF MABANY (HURUF HIJAIYAH)
Huruf mabany ialah huruf yang digunakan untuk menyusun suatu kata.
Huruf mabany terbahagi kepada dua, iaitu:
(a)    Huruf ‘Illah
Ada tiga huruf ‘illah – iaitu ا ، و ، ي  .
(b)   Huruf Shohih
Huruf shohih ialah seluruh huruf hijaiyah selain ا ، و ، ي  .
HURUF MA’ANY
Huruf ma’any ialah huruf-huruf yang mempunyai makna.
Huruf ma’any terbahagi kepada beberapa macam, di antaranya:
(a)    Huruf Jer
Huruf yang membuat kata setelahnya secara umum berharokat akhir kasroh.
Di antara huruf-huruf jer adalah:

عَلَى
عَنْ
إِلَى
مِنْ
Di atas
Dari/tentang
Ke/kepada
Dari/daripada
لِ
كَ
بِ
فِيْ
Bagi/untuk/kerana
Seperti
Dengan/oleh
Di dalam

(b)   Huruf Athof

أَوْ
حَتَّى
ثُمَّ
فَ
وَ
Atau
Hingga
Kemudian,lalu
Kemudian
Dan

لاَ
بَلْ
لَكِنْ
أَمْ

Tidak
Bahkan
Tetapi
Atau

(c)    Huruf Penguat (Taukid)

نْ
نَّ
لَ
أَنًَّ
إِنَّ
قَدْ
Susungguhnya
Pasti
Sesungguhnya
Sesungguhnya
Sesungguhnya
Sungguh

(d)   Huruf Nafy (Negatif)

لَمْ
لَنْ
لَمَّا
لاَ
Tidak pernah
Tidak akan
Belum
Tidak,bukan

إِنْ
لاَتَ
مَا

Tidak lain
Tidak
Tidak

(e)   Huruf Istitsna (Huruf Pengecuali)
Haruf istitsna yang paling banyak digunakan/ditemukan dalam Al-Quran adalah اِلاَّ  (kecuali).
(f)     Huruf Istifham (Kata tanya)
Dalam Bahasa Arab kata tanya jumlahnya banyak. Namun yang termasuk pada kategori huruf di antaranya اَ dan هَلْ (kedua-duanya bererti apakah).
(g)    Huruf Nida (Kata seru)

وَا
هَيَا
أَيَا
يَا
أَ
أَيْ
Hai/wahai
Hai/wahai
Hai/wahai
Hai/wahai
Hai/wahai
Hai/wahai

(h)   Huruf Istiqbal

لَنْ
إِنْ
أَنْ
سَوْفَ
سَ
Tidak akan
Jika
Bahawa
Akan
Akan

(i)      Huruf Syarat

أَمَّا
لَوْمَا
لَوْلاَ
لَوْ
إِذْمَا
إَنْ
adapun
Seandainya tidak
Seandainya tidak
Jika
Jika
Jika


Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersil.

Download Pelajaran 2:
http://www.4shared.com/office/n6xQEACx/Pelajaran_2-Harf__Huruf_.html
Sila ikuti syarahan Pelajaran 2:


Download syarahan Pelajaran 2:
http://www.4shared.com/mp3/6NAd_NVV/pelajaran-2.html
[Sumber: http://badaronline.com/]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...