Thursday, December 29, 2011

Belajar Bahasa Arab Mudah Melalui Nota Ringkas Padat-(11)-Letak Tanda Nun


BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT

11.  LETAK TANDA NUN

Adapun nun menjadi alamat bagi I’rab Rafa’ pada fi’il mudhori’ bilamana bertemu dengan dhomir tatsniyah atau dhomir jama’ mudzakkar atau dhomir muannats mukhathabah. Ia dikatakan marfu’ dengan tanda adanya nun sebagai ganti dhommah.

Maksudnya, nun menjadi tanda bagi I’rab Rafa’ itu pada fi’il mudhori’ yang bertemu dengan dhomir tatsniyah, seperti  contoh:

يَفْعَلاَنِ
Mereka berdua (laki-laki) sedang melakukan (sesuatu)
تَفْعَلاَنِ
Kamu berdua sedang melakukan (sesuatu)

Atau dengan dhomir jama’ seperti contoh:

يَفْعَلُوْنَ
Mereka laki-laki sedang melakukan (sesuatu)
تَفْعَلُوْنَ
Kamu semua laki-laki sedang melakukan (sesuatu)

Atau dengan dhomir muannats mukhathabah, seperti contoh:

تَفْعَلِيْنَ
Kamu (seorang perempuan) sedang melakukan (sesuatu)

Fi’il mudhori’ ini dinamakan Af’alul Khamsah.

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama  tidak untuk tujuan komersil.
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/SbbqP26A/_11_-Letak_Tanda_Nun.html

Belajar Bahasa Arab Mudah Melalui Nota Ringkas Padat-(10)-Letak Tanda Alif


BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT

10.  LETAK TANDA ALIF

Alif menjadi alamat bagi I’rab Rafa’ khusus pada isim tatsniyah(isim mutsanna).  Maksudnya, alif menjadi tanda bagi I’rab Rafa’ itu hanya terdapat pada isim tatsniyah sahaja.

Isim tatsniyah, ialah lafazh yang menunjukkan dua dengan memakai alif dan nun pada huruf akhirnya, iaitu bila dalam keadaan rafa’, sedangkan ya’ dan nun bila dalam keadaan nashab dan njar.

Contoh dalam keadaan rafa’:

جَاءَ الزَّيْدَانِ


Telah datang dua Zaid itu
"الزَّيْدَانِ"  adalah fa’il marfu’ dengan tanda marfu’nya alif sebagai pengganti  dhommah.
الزَّيْدَانِ
جَاءَ
Fa’il
(Isim Mutsanna)
Fi’il

Contoh-contoh lain:

جَاءَ الْمُسْلِمَانِ
Telah datang dua orang Muslim itu.
تَعَلَّمَ تِلْمِيْذَانِ
Telah belajar dua orang murid itu.
ذَهَبِ صَالِحَانِ
Telah pergi dua orang soleh itu.
هَذَانِ الْكِتَابَانِ
Ini adalah dua buah kitab.

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersil.
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/MM2yabTa/_10_-Letak_Tanda_Alif.html

Wednesday, December 28, 2011

Sifat Orang Mukmin Mengikut Al-Quran-(4/5)


SIFAT ORANG MUKMIN MENGIKUT AL-QURAN-(4/5)

Bil.
Nama Surah
(No. Surah:No. Ayat)
Ayat
20.
Al-Baqarah
(2:136)
136. Katakanlah (Wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".
21.
Al-Baqarah
(2:285)
285. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".
22.
An-Naml
(27:3)
3. Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.
23.
Al-‘Ankabuut
(29:59)
59. (Iaitu) mereka yang sabar, dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya.
24.
Al-Hujuraat
(49:14)
14. Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` Kami telah Islam '. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
25.
Al-Hujuraat
(49:15)
15. Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
26.
Al-Mujaadilah
(58:22)
22. Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun,selama tidal untuk tujuan komersil.
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/7Mb5z72M/SIFAT_ORANG_MUKMIN_MENGIKUT_AL.html

Sifat Orang Munafik Mengikut Al-Quran-(5/17)


SIFAT ORANG MUNAFIK  MENGIKUT AL-QURAN – (5/17)

Bil.
Nama Surah
(No. Surah : No. Ayat)
Ayat
35.
An-Nisaa’
(4:141)
141. (Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): "Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)", dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): "Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?" maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.
36.
An-Nisaa’
(4:142)
142. Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas, mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
37.
An-Nisaa’
(4:143)
143. Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman), dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.
38.
Al-Maaidah
(5:41)
41. Wahai Rasul Allah! janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, Iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar, mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu huk um seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.
39.
Al-Maaidah
(5:52)
52. Dalam pada itu, Engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.
40.
Al-Maaidah
(5:61)
61. Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi atau munafik itu) datang kepada kamu, mereka berkata: "Kami telah beriman". padahal sesungguhnya mereka itu masuk menemui kamu dengan kekufurannya, dan sesungguhnya mereka keluar (dari sisi kamu) dengan kekufurannya juga; dan (hendaklah mereka ingat), Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.
41.
Al-Anfaal
(8:21)
21. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).
42.
Al-Anfaal
(8:49)
49. (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: "Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh ugama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya)". dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun semala tidak untuk tujuan komersil.
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/qDNxZWE9/SIFAT_ORANG_MUNAFIK_MENGIKUT_A.html

Belajar Bahasa Arab Mudah Melalui Nota Ringkas Padat-(9)-Letak Tanda Wawu


BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT

9.  LETAK TANDA WAWU

Wawu  ( و )  menjadi alamat bagi I’rab rafa’ pada dua tempat, iaitu pada jama’ mudzakkar salim dan asmaul khamsah (isim yang lima). Bermakna jama’ mudzakkar salim dan asmaul khamsah, diketahui rafa’nya dengan adanya wawu  ( و )  . Oleh kerana itu jama’ mudzakkar salim dan asmaul khamsah dikatakan marfu’ dengan tandanya wawu sebagai ganti dari dhommah.

JAMA’ MUDZAKKAR SALIM:

Yang dimaksud dengan jama’ mudzakkar salim adalah lafazh yang bentuk jama’nya dengan akhiran wawu dan nun   (ون)  di kala marfu’, dan dengan ya’ dan nun  (يْنَ)  di kala manshub dan majrur.

Contoh:

جَاءَ الزَّيْدُوْنَ




Telah datang Zaid-Zaid itu
"الزَيْدُوْنَ"  adalah fa’il marfu’, dengan tanda marfu’nya adalah wawu  (و) , sedang-
kan nun  (ن) adalah pengganti tanwin pada mufradnya.
الزَّيْدُوْنَ
جَاءَ
Fa’il
(Jama’ Mudzakkar Salim)
Fi’il

ASMAUL KHAMSAH:

Asmaul Khamsah, contoh-contohnya:

أَبُوْكَ
(ayahmu)
أَخُوْكَ
(saudaramu)
حَمُوْكَ
(iparmu)
فُوْكَ
(mulutmu)
ذُوْمَالٍ
(yang mempunyai harta)

 Maka masing-masing dari  فُوْ،حَمُوْ،أَخُوْ،أَبُوْ  dan  ذُوْ adalah fa’il marfu’ dengan tanda rafa’nya wawu  (و)  sebagai ganti dari dhommah.

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapu, selama tidak untuk tujuan komersil
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/0EwB0yG9/_9_-Letak_Tanda_Wawu.html

Tuesday, December 27, 2011

Belajar Bahasa Arab Mudah Melalui Nota Ringkas Padat-(8)-Letak Tanda Dhommah


BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT

8.  LETAK TANDA DHOMMAH

Dhommah menjadi alamat bagi I’rab rafa’ pada empat tempat, iaitu pada isim mufrad, jama’ taksir, jama’ muannats salim, dan fi’il mudhari’ yang pada huruf akhirnya tidak bertemu dengan salah satu pun (dari alif tatsniyah, wawu jama’ atau ya’ muannats mukhathabah).

Bermakna rafa’nya itu diketahui dengan adanya dhommah pada tempat-tempat itu, baik lafazh (nyata) mahupun secara takdir (dianggap ada saja, walaupun tak Nampak).

  1. ISIM MUFRAD: Contoh:

جَاءَ زَيْدٌ

Telah datang Zaid
"زَيْدٌ" adalah fa’il marfu’ dan tanda marfu’nya adalah dhommah yang nyata (Nampak).
زَيْدٌ
جَاءَ
Fa’il
(Isim Mufrad)
Fi’il
جَاءَ الْفَتَى

Telah datang seorang pemuda
"الْفَتَى" adalah fa’il marfu’ dan tanda marfu’nya adalah dhommah muqaddarah yang dianggap ada di atas alif  "ى"
الْفَتَى
جَاءَ
Fa’il
(Isim Mufrad)
Fi’il

  1. JAMA’ TAKSIR: Contoh:

جَاءَ الرِّجَالُ


Telah datang beberapa orang lelaki
"الرِّجَالُ"  adalah fa’il marfu’ dan tanda marfu’nya dhommah yang nyata dan Nampak.
الرِّجَالُ
جَاءَ
Fa’il
(Jama’ Taksir)
Fi’il

  1. JAMA’ MUANNATS SALIM: Contoh:

جَاءَتِ الْمُسْلِمَاتُ


Telah datang orang-orang Muslim perempuan
"الْمُسْلِمَاتُ"  adalah fa’il marfu’ dengan tanda dhommah yang nyata Nampak.
الْمُسْلِمَاتُ
جَاءَتِ
Fa’il
(Jama’ Muannats Salim)
Fi’il

  1. FI’IL MUDHORI’ YANG PADA HURUF AKHIRNYA TIDAK BERTEMU DAN TIDAK MENDAPAT TAMBAHAN APAPUN: Contoh:

يَصْرِبُ زَيْدٌ


Zaid sedang/akan memukul
"يَصْرِبُ"  adalah fi’il mudhori’ marfu’ dan tanda marfu’nya dhommah yang nyata.
زَيْدٌ
يَصْرِبُ
Fa’il
Fi’il Mudhori’

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersil.
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/mfEMmXJd/_8_-Letak_Tanda_Dhommah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...