Friday, September 30, 2011

Belajar Tajweed Bersama Shaikh Yasir Qadhi (9/30)

PELAJARAN KESEMBILAN:

ILMU NAHWU 16 - Isim Yang Di Nashob: Maf'ul Muthlaq


ILMU NAHWU 16 – Isim Yang Di Nashob: Maf’ul Muthlaq
Maf’ul Muthlaq adalah isim masdar yang dinashob, disebutkan setelah fi’il untuk menguatkan fi’il, menerangkan jenisnya atau menerangkan bilangannya.
1.        Untuk penguat.  Contoh:

وَ كَلَّمَ اللهُ مُوْسَى تَكْلِيْمًا


Allah benar-benar telah berbicara dengan Musa

تَكْلِيْمًا
وَ كَلَّمَ مُوْسَى
Maf’ul Muthlaq (manshub)


2.        Untuk menerangkan jenis. Contoh:

ضَرَبْتُ الْكَلْبَ ضَرْبًا شَدِيْدًا

Aku telah memukul anjing itu dengan pukulan yang kuat
شَدِيْدًا
ضَرْبًا
ضَرَبْتُ الْكَلْبَ

Maf’ul Muthlaq (manshub)


3.        Untuk menerangkan bilangan.  Contoh:

ضَرَبْتُ الْكَلْبَ ضَرْبَيْنِ


Aku telah memukul anjing itu dua pukulan

ضَرْبَيْنِ
ضَرَبْتُ الْكَلْبَ
Maf’ul Mutlaq (manshub dengan Ya’)


Keterangan:  Isim masdar adalah kata kerja yang dibendakan (sila lihat penerangan isim jamid)

[Bersambung:  ILMU NAHWU 17 – Isim Yang Di Nashob: Maf’ul Liajlih]

Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/document/0i-5BAJA/ILMU_NAHWU_16.html

Thursday, September 29, 2011

SIFAT SOLAT NABI (5/5)-Edisi Katun (video)

Sila ikuti SIFAT SOLAT NABI (5/5) - Edisi Katun.
Semoga memperoleh rahmat dan keredhaan Allah SWT.

SIFAT SOLAT NABI (4/5) - Edisi Katun (video)

Sila ikuti SIFAT SOLAT NABI (4/5) - Edisi Katun.
Semoga memperoleh rahmat dan keredhaan Allah SWT.

Wednesday, September 28, 2011

Belajar Tajweed Bersama Shaikh Yasir Qadhi (7/30)

PELAJARAN KETUJUH:

Belajar Tajweed Bersama Shaikh Yasir Qadhi (8/30)

PELAJARAN KELAPAN:

SIFAT SOLAT NABI (3/5) - Edisi Katun (video)

Sila ikuti SIFAT SOLAT NABI (3/5) - Edisi Katun.
Semoga mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.



SIFAT SOLAT NABI (2/5) - Edisi Katun (video)

Sila ikuti SIFAT SOLAT NABI (2/5) - Edisi Katun.
Semoga memperoleh rahmat dan keredhaan Allah SWT.

SIFAT SOLAT NABI (1/5) - Edisi Katun (video)

Sila ikuti SIFAT SOLAT NABI (1/5) - Edisi Katun (video).
Semoga memperoleh rahmat dan redha Allah SWT.

Tuesday, September 27, 2011

ILMU NAHWU 15 - Isim Yang Di Nashob: Maf'ul Bih


ILMU NAHWU 15 – Isim Yang Di Nashob: Maf’ul Bih
Maf’ul Bih ialah isim yang dii’rob nashob, berkedudukan sebagai objek fi’il (yang dikenai pekerjaan).
Contoh:

قَرَأَ زَيْدٌ الْكِتَابَ



Zaid telah membaca buku.
الْكِتَابَ
زَيْدٌ
قَرَأَ
Maf’ul Bih (manshub)
Fa’il
Fi’il
قَرَأَتْ هِنْدٌ كِتَابَيْنِ



Hindun telah membaca dua buku.
كِتَابَيْنِ
هِنْدٌ
قَرَاَتْ
Maf’ul Bih (manshub dengan Ya’)
Fa’il
Fi’il

Maf’ul Bih boleh lebih dari satu.
Contoh:

ظَنَنْتُ زَيِّدًا مُسَافِرًا



Aku menyangka Zaid adalah seorang musafir.
مُسَافِرًا
زَيِّدًا
ظَنَنْتُ
Maf’ul Bih II (manshub)
Maf’ul Bih I (manshub)
Fi’il & Fa’il

[Bersambung: ILMU NAHWU  16 – Isim Yang Di Nashob: Maf’ul Muthlaq]

Belajar Tajweed Bersama Shaikh Yasir Qadhi (6/30)

PELAJARAN KEENAM

Belajar Tajweed Bersama Shaikh Yasir Qadhi (5/30)

PELAJARAN KELIMA

Monday, September 26, 2011

ILMU NAHWU 14 - Isim Yang Di Nashob: Isim Inna Dan Saudaranya


ILMU NAHWU 14 – Isim Yang Di Nashob: Isim Inna Dan Saudaranya
Isim Inna adalah mubtada’ yang dimasuki  " إِنَّ " atau saudaranya.
Susunan mubtada’ khobar apabila dimasuki " إِنَّ "  atau saudaranya akan berubah, mubtada’ menjadi isim inna dan khobar menjadi khobar inna.
Amil  " إِنَّ "   atau saudaranya adalah menashobkan isimnya dan merofa’kan khobarnya.
Contoh:

مُحَمَّدٌ أُسْتَاذٌ

Kemasukan
" إِنَّ "
menjadi
إِنَّ مُحَمَّدًا أُسْتَاذٌ
أُسْتَاذٌ
مُحَمَّدٌ
أُسْتَاذٌ
مُحَمَّدًا
إِنَّ
Khobar (marfu’)
Mubtada’ (marfu’)
Khobar Inna (marfu’)
Isim Inna (manshub)


Cara menyusun isim inna dan khobar inna harus sesuai dengan bilangan dan jenisnya.
Contoh:

إِنَّ فَاطِمَةَ تِلْمِيْذَةٌ



Sesungguhnya Fatimah adalah seorang murid
تِلْمِيْذَةٌ
فَاطِمَةَ
إِنَّ
Khobar Inna (marfu’)
Isim Inna (manshub)

إِنَّ فَاطِمَتَيْنِ تِلْمِيْذَتَانِ


Sesungguhnya dua Fatimah itu adalah dua orang murid
تِلْمِيْذَتَانِ
فَاطِمَتَيْنِ
إِنَّ
Khobar Inna (marfu’)
Isim Inna (manshub)


Adapun saudara-saudara inna adalah:

إِنَّ   (sesungguhnya)
لَعَلَّ   (mudah-mudahan, mungkin terjadi)
أَنَّ   (sesungguhnya)
لَيْتَ   (mudah-mudahan,tidak mungkin terjadi)
كَأَنّ(seakan-akan)
لاَ   (tidak ada)
لَكِنَّ (tetapi)


[Bersambung: ILMU NAHWU 15 – Isim Yang Di Nashob: Maf’ul Bih]

Sunday, September 25, 2011

ILMU NAHWU 13 - Isim Yang Di Nashob: Khobar Kaana Dan Saudaranya


ILMU NAHWU 13 – Isim Yang Di Nashob: Isim & Khobar Kaana Dan Saudaranya
Isim Kaana adalah mubtada’ yang dimasuki oleh " كان "  atau saudaranya.
Susunan mubtada’ khobar apabila kemasukan  "كان "  akan berubah, mubtada’ menjadi isim kaana dan khobar menjadi khobar kaana.
Amil  "  كان  "   atau saudaranya merofa’kan isimnya dan menashobkan khobarnya.
Contohnya:
مُحَمَّدٌ أُسْتَاذًا


Kemasukan   "كَانَ" menjadi
كَانَ مُحَمَّدٌ أُسْتَاذًا
أُسْتَاذًا
مُحَمَّدٌ
أُسْتَاذًا
مُحَمَّدٌ
كَانَ
Khobar
Mubtada’
Khobar Kaana
Isim Kaana


Cara menyusun isim kaana dan khobar kaana harus sesuai bilangan dan jenisnya.
Contoh:
كَانَتْ فَاطِمَةُ تِلْمِيذَةً


Fatmah adalah seorang murid

تِلْمِيذَةً
فَاطِمَةُ
كَانَتْ
Khobar Kaana (manshub)
Isim Kaana (marfu’)

كَانَتْ فَاطِمَتَانِ تِلْمِيْذَتَيْنِ


Dua Fatimah itu adalah dua orang murid
تِلْمِيْذَتَيْنِ
فَاطِمَتَانِ
كَانَتْ
Khobar Kaana (manshub)
Isim Kaana (marfu’)


Adapun saudara-saudara kaana adalah:
كَانَ  (adalah/terjadi)
ظَلَّ  (masuk waktu siang/senantiasa)
لَيْسَ  (bukan/tidak)
مَازَالَ  (senantiasa)
صَارَ  (menjadi)
مَابَرِحَ  (senantiasa)
بَاتَ  (semalaman)
مَافَتِئَ  (senantiasa)
أَصْبَحَ  (masuk waktu pagi)
مَااِنْفَكَّ  (senantiasa)
أَمْسَ  (masuk waktu petang)
مَادَامَ  (selamanya)
أَضْحَى  (masuk waktu dhuha)


[Bersambung: ILMU NAHWU 14 – Isim Yang Di Nashob: Isim  Inna Dan Saudaranya]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...