Sunday, July 31, 2011

SOLAT SUBUH - Video Amali

Sila ikuti dan hayati video lengkap amali solat subuh berikut:

SOLAT SUNAT DHUHA - Cara Melaksanakannya


SOLAT SUNAT DHUHA – Cara Melaksanakannya

Bil.
Perkara
Cara
1.
Pengertian
Sesuai dengan namanya “dhuha” yang bermaksud pagi, solat sunat dhuha ialah solat yang dikerjakan setelah terbit matahari, iaitu pada waktu matahari sedang naik.
2.
Waktunya
Ruang waktunya bermula apabila matahari telah naik sekadar tujuh hasta atau sekadar satu galah tingginya pada pandangan mata hingga gelincir matahari.  Secara mudahnya batas waktu solat sunat dhuha ini  antara sekitar jam 8.00 pagi hingga gelincir matahari sebelum masuk waktu zohor.
3.
Bilangan Rakaat
Dikerjakan dua, empat, enam atau lapan rakaat.  Tiap-tiap dua rakaat satu takbir dan satu salam.
4.
Lafaz Niatnya
أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
5.
Bacaan Selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – Surah Asy-Syams
Rakaat Kedua    - Surah Al-Lail
(atau)
Rakaat Pertama – Surah Asy-Syams
Rakaat Kedua    - Surah Ad-Dhuha
(atau)
Rakaat Pertama – Surah Al-Kafirun
Rakaat Kedua    - Surah Al-Ikhlas
6.
Bacaan Selepas Salam

Selepas salam baca tasbih ini sebanyak 10 kali:
سُبْحَانَ اللهِ والْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْظِيْمِ، عَدَدَ خَلْقِ اللهِ وَبِدَوَامِ مُلْكِ اللهِ.
“Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah selama kekalnya kekuasaan Allah”.
7.
Doanya
(Boleh dibaca dalam Bahasa Arab atau Bahasa Melayu asalkan memahami maksud bacaannya).  Baca doa ini:
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu Engkau.  Elok ialah keelokan Engkau.  Cantik ialah kecantikan Engkau.  Kuat ialah kekuatan Engkau.  Kuasa ialah kekuasaan Engkau.  Pelihara ialah peliharaan Engkau.  Ya Allah, jika ada rezeki ku di langit turunkanlah.  Dan jika ada di bumi maka keluarkanlah.  Maka jika adalah payah maka mudahkanlah.  Dengan berkat kebesaran waktu dhuha, keelokan, kecantikan kekuatan dan kekuasaan Engkau, kurniakanlah akan daku barang yang Engkau kurniakan dengannya hamba-hamba Engkau yang soleh”.
8.
Dalil-dalil Solat Sunat Dhuha
(1)-Daripada Abu Hurairah r.a., Sabda Nabi SAW, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah SAW) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur”. (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani)

(2)-Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW, beliau bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, ‘Dhuha’. Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru:  manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.”  (At-Tabrani)

(3)-Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW:  “Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga.” (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Saturday, July 30, 2011

ILMU NAHWU 2 - Jumlah (Kalimat)


ILMU NAHWU 2 – Jumlah (Kalimat)

Jumlah (kalimat) adalah susunan kata yang mempunyai makna.

Kalimat dalam Bahasa Arab terbahagi kepada dua, iaitu:

2.1       Jumlah Ismiyah

            Jumlah Ismiyah adalah kalimat yang diawali dengan isim.

            Contoh:

            مُحَمَّدٌ  أُسْتَاذٌ   (Muhammad seorang guru)
            أَنَا مُسْلِمٌ   (saya seorang muslim)
            الْعِلْمُ  نُوْرٌ  (ilmu adalah cahaya)

2.2       Jumlah Fi’liyah

            Jumlah Fi’liyah adalah kalimat yang diawali dengan fi’il.

            Contoh:

            جَلَسَ  مُحَمَّدٌ   (telah duduk Muhammad atau Muhammad telah duduk)
            يَجْلِسُ  مُحَمَّدٌ   (sedang duduk Muhammad atau Muhammad sedang duduk)
[Bersambung:  ILMU NAHWU 3 - Sibhul Jumlah]

ILMU NAHWU 1 - Pengenalan


ILMU NAHWU 1 – Pengenalan

Ilmu Tata Bahasa Arab adalah cabang ilmu yang membahaskan tentang pembentukan kata dan pembentukan kalimat serta kaidah-kaidah yang berkaitan dengan pembentukan keduanya.

Cabang Ilmu Tata Bahasa Arab ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Ilmu Nahwu dan Ilmu Shorof.

Ilmu Nahwu adalah kaidah untuk mengetahui kedudukan, harokat akhir dan i’rob setiap kata yang masuk dalam satu kalimat.

Kalimat dalam bahasa Arab disebut Al-Jumlah, sehingga untuk pembahasan seterusnya apabila terdapat perkataan “jumlah”, ia bererti kalimat.

[Bersambung: ILMU NAHWU 2 - Jumlah (Kalimat)]

Wednesday, July 20, 2011

HADITH 40 - Hadith 8


HADITH 40
“Barang siapa menghafaz kerana umatku empat puluh hadith dari urusan agamanya, nescaya Allah akan membangkitkan dia pada hari qiamat dalam golongan fuqaha’ (Ahli Fiqh) dan ulama.”

HADIS 8

عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ الله عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَيُقِيْمُوا الصَّلاةَ، وَيُؤْ تُـوا الزَّكَاةَ. فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ تعالى)) رواه البخاري ومسلم.

Daripada lbnu 'Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
 Ikuti bacaan hadith 8 oleh Sheikh Saad Al-Ghamidi:

HADITH 40 - Hadith 7


HADITH 40
“Barang siapa menghafaz kerana umatku empat puluh hadith dari urusan agamanya, nescaya Allah akan membangkitkan dia pada hari qiamat dalam golongan fuqaha’ (Ahli Fiqh) dan ulama.”

HADIS 7

عَنْ أَبِي رُقَـيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
 Ikuti bacaan hadith 7 oleh Sheikh Saad Al-Ghamidi:

HADIT 40 - Hadith 6


HADITH 40
“Barang siapa menghafaz kerana umatku empat puluh hadith dari urusan agamanya, nescaya Allah akan membangkitkan dia pada hari qiamat dalam golongan fuqaha’ (Ahli Fiqh) dan ulama.”

HADIS 6

عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله   صلى الله عليه وسلم  يَقُـــــوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:  [Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.  Ketahuilah ia adalah hati].
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
 Ikuti bacaan hadith 6 oleh Sheikh Saad al-ghamidi:

Tuesday, July 5, 2011

KESEMPURNAAN SOLAT - Duduk Antara Dua Sujud


KESEMPURNAAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD

DUDUK ANTARA DUA SUJUD (1)

Duduk antara dua sujud jikalau sembahyang sunat sekali pun dengan thama’ninahnya (2).  Dan jangan dipanjangkan dia.  Demikian lagi pada I’tidal kerana adalah rukun yang pendek kedua-duanya.  Sunat menghantarkan kedua-dua tapak tangannya atas kedua-dua lututnya, dan dihunjurkan segala anak jarinya.  Sunat ia duduk istirahah (3) kemudian daripada sujud yang kedua, yang ia hendak berdiri daripadanya.  Sayogianya ia bertekan di atas kedua-dua tapak tangannya tatkala berdiri daripadanya.


(1)           Diterangkan dalam Bughyatut Thullab:  “Dan disyaratkan padanya itu bahawa jangan menyehaja bangkitnya itu akan yang lainnya.  Maka jika terduduk ia daripada Sujud sebab terkejut atau kena duri pada dahinya nescaya tidak memadai akan duduk antara dua sujudnya.  Maka wajib kembali ia kepada sujudnya kemudian ia bangkit duduk.

(2)           Lagi disyaratkan jangan lanjut kerana ia rukun yang pendek, tiada maksud bagi dirinya hendak menceraikan barang yang dahulu dan yang kemudiannya.  Maka jika dilanjutkan dia lebih daripada zikir yang dituntut di dalamnya, iaitu kadar sekurang-kurang Tasyahhud, batal sembahyangnya jika dengan sengahaja lagi tahu akan haramnya.”

(3)           Dijelaskan dalam Bughyatut Thullab,  “Dan adalah ia Istirahah itu duduk perceraian antara dua rakaat bukan daripada rakaat yang kedua atas qaul yang shahihnya, seperti duduk Tasyahhud Awal jua”.  Duduk Istirahah, iaitu duduk kemudian daripada Sujud yang kedua … duduk Tasyahhud Akhir bagi orang yang berkehendak Sujud Sahwi …”.  Dijelaskan lebih lanjut dalam Jawahir as-Saniyah, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, menulis,  “Dan sunat ia duduk Istirahah, iaitu duduk kemudian daripada Sujud yang kedua pada rakaat yang pertama hendak bangkit kepada rakaat yang kedua.  Demikian pada rakaat yang ketiga hendak berdiri kepada rakaat keempat.  Dinamakan duduk itu Istirahah.  Jangan dilamakan dia, hanya kadar duduk antara dua Sujud jua.  Maka tempatnya kemudian daripada tiap-tiap Sujud hendak berdiri daripadanya, melainkan pada Sujud Tilawah …”

{ Daripada Kitab MUN-YATUL MUSHALLI karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani }

Monday, July 4, 2011

HADITH 40 - Hadith 5


HADITH 40
“Barang siapa menghafaz kerana umatku empat puluh hadith dari urusan agamanya, nescaya Allah akan membangkitkan dia pada hari qiamat dalam golongan fuqaha’ (Ahli Fiqh) dan ulama.”

HADIS 5

عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )) . رواه البخاري ومسلم وفي رواية لمسلم: ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ )).

Ummul mukminin, ummu Abdillah, ‘Aisyah ra. berkata bahwa Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama kami ini yang bukan dari kami, maka dia tertolak".
(Bukhari dan Muslim.  Dalam riwayat Muslim : “Barangsiapa melakukan suatu amal yang tidak sesuai urusan kami, maka dia tertolak”)

Sila ikuti bacaan Hadith 5 oleh Syeikh Saad Al-Ghamidi:



HADITH 40 - Hadith 4


HADITH 40
“Barang siapa menghafaz kerana umatku empat puluh hadith dari urusan agamanya, nescaya Allah akan membangkitkan dia pada hari qiamat dalam golongan fuqaha’ (Ahli Fiqh) dan ulama.”

HADIS 4

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إلهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنـَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري ومسلم.

Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas'ud ra. berkata : bahwa Rasulullah telah bersabda, "Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan penciptaannya dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nutfah, kemudian menjadi 'Alaqoh (segumpal darah) selama itu juga lalu menjadi Mudhghoh (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuslah Malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya lalu diperintahkan untuk menuliskan 4 kata : Rizki, Ajal, Amal dan Celaka/bahagianya. maka demi Alloh yang tiada Tuhan selainnya, ada seseorang diantara kalian yang mengerjakan amalan ahli surga sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan surga kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Alloh lalu ia melakukan perbuatan ahli neraka dan ia masuk neraka. Ada diantara kalian yang mengerjakan amalan ahli neraka sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Alloh lalu ia melakukan perbuatan ahli surga dan ia masuk surga. (Muttafaqun Alaihi)

Sila dengar bacaan Hadith 4 oleh Sheikh Saad Al-Ghamidi:

KESEMPURNAAN SOLAT - Kesempurnaan Sunat Hai-at


KESEMPURNAAN SUNAT HAI-AT (1)

Ada pun sunat hai-atnya, yang tidak dijabarkan dengan “Sujud Sahwi” jumlahnya amat banyak, di antaranya:

(a)          Mengangkat dua tangan masa mula-mula bertakbiratul ihram dengan apa cara sekali pun asalkan diangkat dapatlah sunatnya.  Tetapi yang eloknya tapak tangan mengadap kiblat bertentang dengan bahu dan hujung jari bertentang dengan cuping telinga sebelah atas dan kedua-dua ibu jari bertentang dengan cuping telinga yang disebelah bawah.  Setelah habis menyebut “Akbar” turunkan kedua-dua tangan itu diletak tapak tangan yang kiri ke bawah dada ke atas sedikit daripada pusat bertentang dengan jantung hati (mirip ke kiri) manakala tapak tangan sebelah kanan digenggamkan di atas tapak tangan yang kiri itu dan boleh juga ditemukan pergelangan atas pergelangan tangan kiri dan jari-jarinya digenggamkan pada hujung tangan kiri.
(b)          Membaca doa iftitah kemudian daripada Takbiratul Ihram.
(c)          Membaca اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ    pada tiap-tiap rakaat sebelum membaca bismillahhir rahmanir rahim untuk Fatihah.
(d)          Mengucap Amin  ( آمِبْنَ )  kemudian daripada selesai membaca Fatihah bagi diri sendiri dan mengucap Amin beserta dengan Amin yang disebut oleh imam.  Sunat berhenti saktah antara Fatihah dan Amin, antara Amin dan surah, antara surah dan Ruku’.
(e)          Membaca surah ayat Quran lepas membaca Fatihah pada dua rakaat yang pertama bagi imam atau orang yang sembahyang seorang diri (munfarad).  Surah itu hendaklah mengikut susunannya yang ada di dalam mushaf (Quran) jangan ditunggang balikkan.  Dipanjangkan bacaan surahnya pada sembahyang Subuh.  Sembahyang Zuhur dikurangkan sedikit daripadanya.   Sembahyang ‘Asar dan sembahyang ‘Isyak adalah pertengahan.  Dan sembahyang Maghrib yang terpendeknya.  Pada sembahyang Subuh Jumaat dibaca Alif Lam Mim Sajadah dan Hal Ata (surah Al-Insaan).
(f)           Menyaringkan suara  ( جهر )  ketika membaca Fatihah dan surah pada sembahyang Subuh, dua rakaat yang pertama sembahyang Maghrib, dua rakaan yang pertama sembahyang ‘Isyak, sembahyang Jumaat, sembahyang Raya Puasa dan Haji, sembahyang gerhana bulan, sembahyang minta hujan, sembahyang terawih dan dua rakaan sembahyang sunat Tawaf yang dilakukan waktu malam atau waktu Subuh
(g)          Membaca dengan suara perlahan  ( سر )  di tempat-tempat yang lain daripada yang tersebut pada (f) itu iaitu seperti sembahyang Zohor, sembahyang Asar, sunat-sunat mengiringi waktu, rakaat yang ketiga Maghrib, dua rakaat yang akhir bagi Isyak dan sembahyang gerhana matahari.  Tetapi segala sembahyang sunat mutlak yang diperbuat pada waktu malam sunat dibaca secara sederhana antara kuat dan perlahan.
(h)          Mengucap Takbiratul Intiqalat  ( الاِْ نْتِقَا لاَتْ )  yang lima iaitu:
(a)          Takbir Ruku’
(b)          Takbir turun kepada Sujud
(c)          Takbir bangkit daripadanya
(d)          Takbir Sujud yang kedua
(e)          Takbir bangkit daripada Sujud kepada Qiam

(i)            Mengangkat kedua-dua tangan seperti Takbiratul Ihram:
(a)          Tatkala hendak Rukuk
(b)          Tatkala bangkit daripada Rukuk kepada I’tidal, permulaan angkat kedua-duanya bersama-sama dengan angkat kepalanya
(c)          Tatkala bangkit daripada Tasyahhud Awal lepada Qiam
(j)         Membaca لِمَنْ حَمِدَهُ )  ( سَمِعَ اللهُ  ketika permulaan mengangkat kepalanya daripada Rukuk. Dan membaca  ( رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ )   apabila sudah berdiri betul.
(k)        Membaca  ( سُبْحَانَ رَبَّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ )   sekurang-kurangnya sekali.  Yang eloknya tiga kali, yang lebih elok lagi jika sembahyang seorang diri dibaca sampai sebelas kali atau imam di tempat yang makmumnya terhad dan mereka bersetuju baca lebih daripada tiga dengan ganjil-ganjil seperti lima kali, tujuh kali, sembilan kali dan sebelas kali.  Elok dibaca lebih tetapi jangan lebih daripada sebelas kali.
(l)         Membaca  ( سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلاَعْلَى وَبِحَمْدِهِ )    tatkala dalam Sujud sekurang-kurangnya satu kali, yang eloknya tiga kali, yang lebih elok lagi sampai sebelas kali sama seperti Sujud.
(m)         Membaca doa kemudian daripada Tasyahhud dan Shalawat pada Tasyahhud Akhir.
(n)       Duduk Tawarruk (2)  pada Tasyahhud Akhir, iaitu duduk atas dua punggunnya dan dikeluarkan kaki kiri di bawah betis kanannya.  Duduk Iftirasy (3)  iaitu duduk di atas tapak kaki kirinya dan mendirikan kaki kanannya, pada Tasyahhud Awal dan duduk antara dua sujud.  Duduk Istirahah (4).
(o)       Sunat menggenggamkan anak jari tangan kanan tatkala menghantarkannya pada lutut kanan dan dihantarkan jari kiri di atas peha kirinya berbetulan anak jarinya dengan kepala lututnya kepada kedua-dua Tasyahhud .
                       
Dan kaifiatnya menggenggamkan tangan kanan itu tiga jari, dilepaskan telunjuk, dan ditaruhkan ibu tangannya di sisi telunjuk.  Sunat mengangkatkan telunjuk tatkala mengatakan  لاَّ اللهُ  إِ maka makruh menggerak-gerakkan dia.
(p)          Sunat mengekalkan tilik kepada tempat Sujud, mengekalkan khusyu’, iaitu menghadirkan hatinya, tetap segala anggotanya, tadabbur, yakni mengira-ngirakan qiraahnya, dan akan zikirnya.
(q)          Memberi salam yang kedua serta berpaling ke kanan masa memberi salam yang pertama dan berpaling ke kiri masa memberi salam yang kedua.


(1)         Perkataan hai-at  itu jamak kepada haiah maknanya gerak geri.  Ertinya sunat hai-at itu gerak geri
            yang baik dan yang elok dilakukan.  Jika ditinggalkan tidak dikehendaki apa-apa, Cuma kurang
            elok.

(2)          Dalam Bughyatut Thullab, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani menggunakan kalimah,  “ … duduk Tawarruk pada Tasyahhud yang mengiringi Salam”.

(3)           Di dalam Jawahir as-Saniah, dijelaskan bahawa duduk Istirasy juga dilakukan  “manakala ia hendak Sujud Sahwi” tetapi “manakala ia sudah Sujud Sahwinya maka hendaklan ia duduk Tawarruk”.  Duduk Iftirasy berlaku pula bagi  “orang yang masbuq”.

(4)           Dijelaskan dalam Bughyatut Thullab,  “Dan adalah ia Istirahah itu duduk perceraian antara dua rakaat bukan daripada rakaat yang kedua atas qaul yang shahihnya, seperti duduk Tasyahhud Awal jua”.  Duduk Istirahah, iaitu duduk kemudian daripada Sujud yang kedua … , duduk Tasyahhud Akhir bagi orang yang berkehendak Sujud Sahwi …”.  Dijelaskan lebih lanjut dalam Jawahir as-Saniyah, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, menulis,  “Dan sunat ia duduk Istirahah, iaitu duduk kemudian daripada Sujud yang kedua pada rakaan yang pertama hendak bangkit kepada rakaat yang kedua.  Demikian pada rakaat yang ketiga hendak berdiri kepada rakaat yang keempat.  Dinamakan duduk itu Istirahah.  Jangan dilamakan dia, hanya kadar duduk antara dua sujud jua.  Maka tempatnya kemudian daripada tiap-tiap Sujud hendak berdiri daripadanya, melainkan pada Sujud Tilawah…”

Sumber: Kitab MUN-YATUL MUSHALLI oleh Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...